moodle-moppet

Tuesday, September 19, 2006

Benarkan saya sepucuk dua kata

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Kenangan indah bersama kita,
Di lembah cinta tersungkur pula,
Melekat Lumpur terpinga pinga.

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Mengunyah ulam berlauk jiwa,
Cincin berlian bertatah permata,
Buah hati hilang tah kemana,

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Aku sunyi menderita,
Keseorangan melayan jiwa,
Malam hingar, bising pun tiada.

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Teringat dikau wahai dara,
Bak bulan penuh bercahaya,
Kau cantik bukan milik ku pula,

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Tidak dapat ku luah kata cinta,
Tidak dapat ku lupakan pula,
Kau bermain di benak jiwa.

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Aku cinta bukan dia,
Tapi pada kau yang sudah berpunya,
Kata hati ku, kau kan bahagia.

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Biar masa menelan jiwa,
Setiap detik biar ku lupa,
Setiap saat biar kau bersama dia,

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Kau bahagia tersenyum pula,
Maaf ku pinta tenteram jiwa,
Selamat tinggal wahai Helena…

Benarkan saya sepucuk dua kata,
Melayang memori meninggal kan fana.

September 19, 2006 0039 hours.

Monday, September 18, 2006

Cont: Hanya kerna sesuap nasi

Nasib ku diubah sudah,
Kerna tanggung jawab ku,
Mencari sesuap nasi,

emas permata membanjiri,
tapi ku tetap tak puas lagi,
Aku mahu lagi dan lagi,

Setelah ku berperit seperti nak mati,
Kini ku senang hati,
Goyang kaki, minum kopi,

Tuhan mengubah nasib ku ini,
Tapi ku tak pernah bersyukur pada ilahi,
Sembahyang telah lama aku lupai,

dulu ku menangis derita,
tapi aku gembira,
Kini ku tersenyum sinis,
Tapi aku berduka.

Harta didunia milik aku,
Akhirat semakin aku tuju,
Betapa lupanya aku,
Rumah kata pergi, kubur kata mari.

Kini ku derita,
Sesuap nasi boleh dicari,
Tolong beri peluang buat kedua kali,
Aku janji,
Takkan aku lupa diri!

Kau dan aku...

Kau pergi meninggalkan ku,
Terkapai kapai bersendirian,
Kau pergi tanpa memberitahu,
Membiar ku terus dalam lamunan.

Ku selalu mengharap akan kehadiran mu,
Membawa lembaran baru dalam hidup ku,
Aku tahu kau jemu menunggu,
Dalam hatimu akan kehadiran ku.

Imaginasi ku hidup bersama kamu,
Medium pengantaraan kamu dan aku,
Muncul kau dalam mimpi ku,
Sepanjang masa bersama kamu.

Wahai bidadari ku,
Maafkan aku, MAAFKAN aku,
Kerna tidak meluahkan isi hati ku,
Aku menyesal membuat kau tertunggu tunggu….

Mungkin aku hanya keliru,
Kau pun tak tahu akan kewujudan ku,
Kita hanya berbicara dalam imaginasiku,
Dan yang pasti….
Kau milikku dalam mimpi mimpi ku!

Wednesday, September 13, 2006

Pulangkan!

Bangun pagi,
Tak bersemangat ke lecture,
Selamat tinggal aku dah putus asa,
Bunuh diri tak payah ingat lagi.

Semangat hilang susah nak cari,
Pengganti bidadari tak jumpa lagi,
Semester ni dah nak habis dah ni,
Nampaknya kantoi la aku kalau macam ni.

Seriously! Semangat aku mana pergi?
Sapa curi sapa CURI
Aku merayu pulangkan, pulangkan

PULANGKAN!

Tuesday, September 12, 2006

Hanya kerna sesuap nasi

Hanya kerna sesuap nasi,
Kerah tenaga semaksima,
Peluh mencurah membanjiri,
Penat tidak mungkin ku kenali.

Hanya kerna sesuap nasi,
Ku padam segala rasa,
Ku tinggal kenikmatan dunia,
Semua ini untuk anak bini.

Tulangempat kerat ku guna,
Mengkerah segala tenaga yang ada,
Meleleh peluh memedih mata,
Sesuap nasi untuk keluarga.

Tidak diubah nasib ku,
Ketentuan dari ilahi,
Qadaq dan Qadar bagi ku,
Pikul tanggungjawab dengan hati suci.

Air mata,
Ketika sunyi perlahan membanjiri pipi,
Wahai yang maha esa,
Aku bersyukur dengan ketentuanmu ilahi.

Azam tekad dalam jiwa,
Ku kan bukti pada semua,
Kata hati ku kan berjaya,
Anak bini tunjang utama,

Hanya kerna sesuap nasi,
Aku mahu berubah diri,
Tak mahu macam ini lagi,
Tetap matlamat untuk diri!

Aku mahu berubah,
Tiba masa untuk mengubah,
Aku mahu berubah,
Aku mahu berubah!

For you!

I got this poem from my dream,
Couldn’t sleep the whole night,
Thinking of you…
Buat ku berfikir,
Apakah salahku.

The whole night,
Waiting for the phone to ring,
Hope your name to appear on the screen,
Walau betapa ku tunggu,
Ia tetap tidak berdering.

The clock struck at three,
I still couldn’t sleep,
Missing your sweet hemmm,
Aku mahu dengarnya lagi,
Tolonglah jangan henti.

I couldn’t imagine,
My day without you near me,
You are my energy,
Tanpa mu disisi,
Tiada maknanya aku hidup lagi.

Once, I’ve decided to end my life,
God gave you, and that made me think twice,
You are a good listener, and also a problem solver,
Kau bersamaku tatkala nyawa ku dipenghujung,
Menemaniku walaupun ia membuatmu jemu.

Day by day, I’m happy to be with you,
You cheer me up, you make me smile,
Even though you’re sad, you’re broken inside,
Hadirnya aku moga dapat mengubati luka luka mu,
Pembawa cahaya buat lembaran baru hidupmu.

A promise from me to you,
Hanya kau yang dapat pisahkan aku dari mu,
Walaupun ajal mendampingi ku dulu,
Death will never make me say good bye to you,
I’ll always love you.
I’ll always love you!

September 1, 2006 113am

Wednesday, September 06, 2006

Kisah seorang gadis jalanan!

Kisah seorang gadis jalanan,

Hidupku hina,
Bagai bangkai ikan,
Hidupku terkotak katik,
Dipermainkan jantan.

Aku gadis jalanan,
Mengejar kemewahan,
Menjual tubuh,
Pada yang rakus,

Aku sedih,
Akan perbuatan,
Aku gembira,
Akan bayaran,

Pelbagai jantan sudah ku rasa,
Hitam putih, melayu cina,
Aku layan dengan saksama,
Cuma bayarannya tak sama,

Aku kenal dosa,
Aku tahu aku hina,
Aku mahu hidup bahagia,
Bermandikan kemewahan,
Berpayungkan kepuasan,

Aku gembira bergini,
Melayan nafsu jantan,
Aku mahu bergini,
Rasa nikmat kepuasan.

Aku akan terus bergini,
Buta dengan kemewahan,
Lupa akan suruhan tuhan,
Akulah gadis jalanan!

Catatan seorang manusia!

Catatan seorang manusia!

7 hari seminggu,Kau dalam ingatan ku,Tak kira berapa jam berlalu,Kau tetap bersama dihati ku,Kau bagai mentari,Menyinari hidupku ini,Kau bagai bidadari,Mengubah diriku kini,

Bersamamu bagai terhenti waktu,
Gembira tak terkata,
Tatkala orang bersedih,
Kita bergembira,

Tapi sayang seribu kali sayang,
Hari panas diselangi hujan,
Kegembiraan menjadi kesuraman,
Waktu berlalu penuh kedukaan,

Mentari hilang disebalik awan,
Menyelubungi ku dengan kegelapan,
Kau bagai tuhan,
Meragut segala kegembiraan,

Sayang seribu kali sayang,
Kau bermain dalam benak fikiran,
Tidak dapat ku lupakan,
Biar saja waktu yang tentukan!