moodle-moppet

Monday, April 06, 2009

Risiko ke atas perhubungan ini

Kesalahan besar hati ini
Pabila
aku tidak mengucapkan cita padanya
Pabila
Dia berbicara
Jika aku mengucapkannya juga
Maka persahabatan aku dan dia
Tiada lagi bersama

Aku tahu aku cinta dia
Tapi aku tidak mahu kehilangannya
Banyak masa kita habiskan bersama
Walaupun setiap masa kita tidak berdua

Tidak mungkin aku lupa
Senyumannya itu
Walau pun kini kau tiada lagi disisi
Senyumanmu itu sentiasa di hati

Bila difikir kembali
bicara terngiang berkali kali
Adakah mungkin dia hanya
Mahu menguji?
Menguji jika aku berani
Berani mengambil risiko
Risiko ke atas perhubungan ini

Mungkin benar apa yang difikir
Jika aku berani mengambil risiko
Maka aku juga sungguh yakin pada diri
Di mana dia juga akan yakin kepada aku
Dan keputusan ini penentu kepada perhubungan kami

Adakah aku tidak yakin pada diri
Aku sungguh bodoh
Hanya kerana itu
Aku kehilangan dia selamanya

Sunday, April 05, 2009

terlarang

Aku pandang keluar jendela
Kau membuat hari ku ceria
Senyuman tawa mu
Sungguh bermakna

Aku pandang keluar jendela
Aku nampak kamu keluar
Perhatikan gerak gerimu
Bagai tergesa

Kau pandu laju keluar
Tiada senyum
mahu pun tawa

Aku tahu aku bersalah
Aku tidak sepatutnya jatuh cinta
Walau pun kau sudah ada yang punya
Maafkan aku

Aku rindu waktu dulu
Waktu sebelum aku berbicara
Soal hati aku
Waktu dahulu
Waktu kau selalu tersenyum girang!

March 28, 2009 2347hours

-this is ours-

Saturday, April 04, 2009

boundaries

Perlukah kau menghianati ku
Walau pun kau tahu rahsia ku
Walau kau tahu siapa dia bagi ku
Perlukah kau buat bergitu…

Mungkin ini cemburu
Mungkin juga ini takdir buat ku
Tapi kau perlu tahu
Boundaries wahai sahabat ku

Curahan hati ini berlalu
Begitu juga persahabatan terjalin lama
Tiga sekawan tidak lagi bersama
Setakat ini sahaja memori kita bertiga

March 28, 2009 2336 hours

-permission-

Friday, April 03, 2009

Seluruh hari aku berfikir
Adakah perlu bergitu
Benarkah itu perlu
Sungguhpun aku mahu

Aku bertanya pada kamu
Tidak bolehkah dia milik ku?
Walau dia ex kawan karib ku…
Jawab kamu…..

Satu hari aku dibelenggu
Persoalan ini mengganggu
Berfikirlah aku
Sehingga mati kutu

Mungkin ada benarnya
Mengapa begitu
Rasionalnya
mulanya lagi
TIDAK mungkin…
...aku memilih kamu

Lupakan sahaja semuanya
Mungkin permulaanya sukar
Tetapi penghianatan karibnya pula
Satu bebanan hidup selamanya

March 28, 2009 2329hours

-Lie to me with style-

Thursday, April 02, 2009

Ekspresi wajah ayu

Ekspresi wajah ayu
Tidak lagi akan ketemu
walau kemana aku
engkau tetap tiada disitu

senyuman keikhlasan
menambat hati setiap insan
tidak terkecuali aku
flora dan fauna juga begitu

jika angin berbicara
keikhlasan mu dipuja
jika boleh ku baca hati si rusa
berkata betapa cemburunya dia

dimanakah kamu berada
sudah lelah aku mengembara
manakah wajah ayu akan ketemu
sungguh rindu hatiku syahdu

March 28, 2009 2321hours

-deeper conversation-

Wednesday, April 01, 2009

pandangan kau pada aku


Kau
Pandangan kau terhadap aku
Mencerminkan segalanya
Menterjemah isi hati kau pada aku
Aku tahu aku bukan segalanya
Aku tidak sempurna
Perlukah kau pandang aku begitu
Pandangan penuh benci
Meluat kau kata pada ku
Walau tanpa bicara
Aku tahu…
Apa salah ku…
Apa salah aku…
March 28, 2009 2305 Hours
-Cinta Sempurna-