moodle-moppet

Monday, January 19, 2009

CIKGU

 
CIKGU
Kau pemimpin beribu muritmu
Kau peneraju jiwa pengikutmu
Kau penulis minda minda baru
.............................................................
CIKGU
Walau jasamu sebesar zarah
Walau pengajaranmu hanya sepatah
Walau kau hanya memberitahu
..........................................................
Kau adalah CIKGU
Penerap jiwa muda
Pembentuk nurani kita
Dari tiada apa hinggalah…
Menjadi SIAPA….
..............................................................
CIKGU
Kau lah CIKGU
Jasamu itu….
Syurga buatmu 
................................................................
2056 January 19,2009

Apa yang perlu aku rasa?


Apa yang aku rasa
Dikotak minda
Kosong belaka
Tanpa apa apa
Apa yang perlu aku rasa
Hanya kosong belaka
Kotak hitam penuhi jiwa
Kaku tanpa raga
Perlukah aku rasa
Perasaan seperti mana…
seperti mana si dia…
si dia…
si dia………

TAK PERLU JAWABNYA!

Monday, January 12, 2009

Cinta baru


Bukan sesuatu yang aku mahu,
Tapi bukan sesuatu yang mungkin aku biarkan
Mungkin sudah fitrah aku dengannya
……. kau ku beri nama
Sepanjang masa mahu ku belai
Lekok lembut tubuhmu licin bersinar
Setiap ceruk ku pulas lembut
Ku tekan, ku picit manja
Saat bahagia pabila mata bertemu mata,
Memang saat paling bahagia,
Aku melihat dari pandangan mata mu
Segalanya muncul satu perspectif baru
Aku mula suka dengan kamu
Lebih rapat dakapan mu itu
Terlalu rapat di dada aku
Kau mahu sentiasa bersama ku
Aku juga begitu
Begitu sayangnya aku pada kamu
Hingga tidak mahu berlekang lagi
Tidak mungkin siapa dapat pisahkan kita
Walaupun masa mahupun musibah melanda
Kau akan selalu dipelukanku
Kau akan selalu berdakapan dengan ku
Akan aku bawak kamu ke mana sahaja pergi ku
Tak, tidak, semestinya tidak kita berpisah
Aku sudah jatuh cinta
Aku juga tahu kau berkongsi perasaan itu
Kita, kau dan aku
Akan bersama selamanya
Kau lah camera aku (^_^)
8/11/2008 (2251)