moodle-moppet

Sunday, June 12, 2011

aku pernah merasa mati
aku pernah berputus asa
aku pernah bunuh diri
aku juga pernah rasa binasa

hidup bagiku tiada lagi
kegelapan menyelubungi
mati menghampiri diri
ingatanku hanya satu... MATI

aku cuba memberitahu kamu
aku cuba luahkan terbuku dihati
kerungsingan hati...
tanpa aku bilang mati pada kamu
aku cuma tidak mahu...
kau bimbang pada diri

bila aku bangkitkan soal kata hati
bila ku berbicara tentang kata hati
dikala itu...
kau kabarkan kegembiraan
dikala itu...
kau canang kebahagiaan

kegembiraan dan kebahagiaan
satu cahaya
satu permulaan kehidupan
merubah kegelapan kepada keceriaan
selamat tinggal kematian

aku akan terus HIDUP
demi permulaan kehidupan
tidak dapat aku gambarkan kegembiraan
tidak dapat aku canangkan kebahagiaan

demi KAU dan DIA
aku akan terus HIDUP

-2044 January 30,2011-

0 comment(s):

Post a comment

<< Home