moodle-moppet

Tuesday, September 12, 2006

Hanya kerna sesuap nasi

Hanya kerna sesuap nasi,
Kerah tenaga semaksima,
Peluh mencurah membanjiri,
Penat tidak mungkin ku kenali.

Hanya kerna sesuap nasi,
Ku padam segala rasa,
Ku tinggal kenikmatan dunia,
Semua ini untuk anak bini.

Tulangempat kerat ku guna,
Mengkerah segala tenaga yang ada,
Meleleh peluh memedih mata,
Sesuap nasi untuk keluarga.

Tidak diubah nasib ku,
Ketentuan dari ilahi,
Qadaq dan Qadar bagi ku,
Pikul tanggungjawab dengan hati suci.

Air mata,
Ketika sunyi perlahan membanjiri pipi,
Wahai yang maha esa,
Aku bersyukur dengan ketentuanmu ilahi.

Azam tekad dalam jiwa,
Ku kan bukti pada semua,
Kata hati ku kan berjaya,
Anak bini tunjang utama,

Hanya kerna sesuap nasi,
Aku mahu berubah diri,
Tak mahu macam ini lagi,
Tetap matlamat untuk diri!

Aku mahu berubah,
Tiba masa untuk mengubah,
Aku mahu berubah,
Aku mahu berubah!

0 comment(s):

Post a comment

<< Home