moodle-moppet

Sunday, March 20, 2011

dedaun HIJAU tidak lagi menari
tidak lagi ditiupi angin
bunga-bunga seakan tidak mekar
masa bagaikan tidak bernyawa

hari ini Kau sudah berpunya
bertapa tidak keruan jadinya
aku cuba menidakkan
dengan tidak berkata apa

Aku terus biarkan sahaja
tanpa berkata apa
tiada lagi pelangi
tiada lagi warna warni

aku terus biarkan sahaja
tanpa berkata apa
tiada lagi pelangi
tiada lagi warna warni

aku terus berdiam diri
hatiku bagai tidak berfungsi

tiba satu masa
aku memberanikan diri
menulis....
menulis bukan rasa hati

airmata cuba ku sembunyi
akan tetapi
terus mencurahi pipi
semoga kau terus diCINTAI

2102 - 25/7/2010

Saturday, March 19, 2011

hari deras berlalu
jika aku boleh pulang waktu
akan aku jaga kamu
akan...

tak akan pernah aku
melepaskan kamu
menguraikan gengaman ku

aku tak kisah kalau kau benci aku
jawapan untuk setiap persoalan kamu
semua kerana...
aku Sayang Kamu

1030 - 14/3/2011

Friday, March 18, 2011

pada waktu yang sama
minggu lalu
aku sungguh bahagia

tapi kini
amat aku tersekasa
terluka

sudah seminggu berlalu
aku rindu senyumanmu
aku rindu kata-katamu
aku rindu kamu

mahu aku ketuk semua pintu
untuk mencari kamu
mana KAMU?
aku rindu sama kamu

mungkin benar kata hati
tak sepatutnya aku mulakan
semua ini

MAAFkan aku
MAAFkan perbuatanku
MAAFkan kata-kata ku

1900 - 12/8/2010

munculnya kelkatu
gelapnya awan
tiada lagi mentari
tiada lagi bulan

mananya pergi si pari-pari
pengejar mimpi
jika kau mengerti
apa yang telah ku lalui

terbanglah kemari
semuanya tak pasti
nyanyikan lagu dan puisi
hatiku masih disini

hanya sekadar sementara
tidak akan pernah
untuk dua insan yang mengerti
bicara penuh bicara

tertawa tidak peduli
menari tiada henti
biar gelapnya pergi
datangnya pelangi
penuh warna warni

untuk pari-pari
kertas dicoret
kenalan lama

berikan aku satu peluang
untuk aku terus terbang
satu hari aku akan pulang

2346 - 11/3/2010

Thursday, March 17, 2011

Kau selalu bertanya mengapa
mengapa aku bergini dan bergitu
Kau selalu kata tidak perlu
walau dalam hati, aku tahu Kau mahu

Aku cuba ingat kesemua tentang Kamu
kesukaan Kamu, kegemaran Kamu
setiap kata-kata Kamu
tapi Kau katakan padaku
semua itu tidak perlu

Seringkali Kamu bertanya
mengapa kenapa aku buat bergini dan bergitu
aku hanya diam membisu
tunduk

Aku tahu Kau tahu
jawapan bagi setiap persoalan
kenapa aku bergini
dan kenapa aku bergitu

aku hanya akan terus MEMBISU…

25/2/2011 - 2348