moodle-moppet

Friday, November 25, 2005

31 Ogos 1957 > 31 Ogos 2005

Copyright©straight2dapoint-fieque 1901 November 24, 2005


31 ogos 1957,
Hari bertuah bagi warga Malaya,
Detik jam 12 pagi,
Hendaknya berubah segala galanya,

Hidup aman sentosa,
Dibawah satu bumbung pentadbiran kerajaan Malaysia,
Bersatu pelbagai kaum dan bangsa,
Berkongsi keamanan bersama,

Jasa jasa perwira dan tokoh tokoh bangsa,
Harus dibangga dan dikenang sampai bila bila,
Demi mempertahankan maruah tanah melayu,
Mereka sanggup berkorban nyawa, harta dan segala,

Berjuang tanpa mengira penat lelah didalam hutan yang gelap gelita,
Tanpa rasa gentar menghunus senjata,
Menentang segala pendusta,
Seorang demi seorang gugur ke tanah,
Demi kesenangan anak cucu mereka!

Tapi kini dua ribu lima,
Anak cucu mereka tidak pernah berbangga,
Hidup dalam Negara yang penuh mewah dan aman,
Gejala sosial menjadi penghalang utama,

Ramai anak melayu berakhir dalam penjara,
Menghisap ganja, dadah penuh gah,
Di belakang lorong lorong,
Bertemankan lipas dan tikus,
Tergolek menunggu mati,

Jika perwira kita masih bernyawa,
Pasti mereka malu,
Melihat sikap anak muda …
Senang terpengaruh dengan gejala luar,
Yang hanya merosakkan jiwa,

Anak muda kini tidak lagi macam mereka,
Sanggup berkorban nyawa demi Negara yang tercinta!
Tidak lagi diri dengan gah ,
Pabila kedengaran lagu kebanggaan rakyat Malaysia,
Lagu ‘Negaraku’ yang penuh bermakna,
Lambang kemegahan sebuah Negara merdeka.

Bendera Malaysia berkibar megah diangkasa,
Nama Malaysia dikenali di serata dunia,
Teruskan lah perjuangan bangsa,
Agar semua perjuangan tidak sia sia.

Thursday, November 24, 2005

Ku tidak pasti

Copyright©straight2dapoint-fieque 1837 November 23, 2005

Ku tidak pasti ,
Pada hari yang mendatang,
Masih ada ruang untuk ku,
Tersenyum tawa bersama mu,

Ku tidak pasti,
Adakah harus aku menyendiri,
Untuk mengenali lagi erti hidup,
Hidup yang penuh kebencian ini,

Ku tidak pasti,
Adakah harus ku bersikap bergini,
Untuk dikenali, atau dibenci?

Ku tidak pasti,
Apa gunanya aku berada disini,
Membuang masa ,
Masa yang telah berlalu lamanya,
Menjadi parasit hidup dimuka bumi,
Menyedut segala kekayaan dan kemewahan,
Menghasilkan kumbahan yang mencemari diri dan persekitaran,

Aku memang tidak pasti,
Adakah aku dilahirkan,
Demi membantu manusia dan dunia,
Atau hanya demi kebinasaan dan kehancuran.

Ku tidak pasti…..
Memang tidak pasti…

Takdir

Copyright©straight2dapoint-fieque 1823 November 23, 2005

Kini, setelah sekian lama,
Ku tidak berdaya,
Menahan segala dugaan dan cabaran,


Ku menarik nafas,
Mengenang masa lalu ,
Masa lalu……
Yang pasti tidak akan ku biar berulang,


Ku menarik nafas panjang,
Mengenang masa depan,
Masa depan…
Yang di penuhi kegelapan,


Ku tidak berdaya,
Menahan segala yang telah ditentukan,
Atau mungkin aku malas untuk melawan,
Melawan takdir qadak dan qadar yang telah tertulis,
Buat ku ….

Buat ku, yang terlalu dimanjakan,
Mungkin juga diduga oleh yang maha esa,
Membuka hati yang sememangnya buta,
Degil, memberontak, kejam,
Tanpa berperi kemanusiaan…

Tuesday, November 15, 2005

Sehingga kini.... Ku tetap menunggu...

Copyright©straight2dapoint-fieque 1721 November 14, 2005

Siang melabuh kan diri,
Malam menjelma tiba,
Ku menyendiri,
Teringat akan kau yang sudah tiada,

Segala memori kita bersama,
Hilang ditiup bayu senja,
Hanyak pungguk menjadi saksi kisah kita,
Biarkan dia terbang membawa segala-galanya.

Hari bergati hari,
Diri ku dimamah usia,
Ku berdoa pada ilahi,
Agar ku dipendekan usia,
Dapat aku bersamamu disana!

Besok menjelang tiba,
Ku tetap bersabar dan terus bersabar,
Bilakah doa ku akan diterima,
Rindu ku pada mu sudah tidak terkata.

Sehingga kini…
Ku tetap menunggu…

Monday, November 14, 2005

Maafkan aku, Aku tidak bermaksud untuk menipu...

Copyright©straight2dapoint-fieque 0000 November 14, 2005

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Aku tidak mahu melukakan hati mu,
Kerana tanpa mu,
Hidupku akan menjadi seperti dulu,

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Ku hanya nak menutup malu,
Yang kau lakukan di hari itu.

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Aku hanya ingin membantu,
Harap kau tidak memarahi ku.

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Kau hanya untuk ku,
Aku rela untuk melindungi mu.

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Walaupun kini aku tau kesilapan ku,
Aku tetap mahu membela mu.

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Biar aku mengganti mu,
Menerima hukuman itu.

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Ku harap pengorbanan ku,
Buat mu insaf dan mahu mengubah hidup mu.

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Ku berharap pada mu,
Jangan lagi sia sia kan hidup mu itu.

Maafkan aku,
Aku tidak bermaksud untuk menipu,
Kini ku hanya berserah dan menunggu,
Kau berubah dah sedar akan kesalahan mu itu…

The day will come, And it is very soon...

Copyright©straight2dapoint-fieque 1700 November 13, 2005

The day will come,
And it is very soon,
Where people were killing each other,
Without control and sympathy.

The day will come,
And it is very soon,
Where the people were enjoying life,
With all the party and music,
Without thinking on others,
And happy drinking beers.

The day will come,
And it is very soon,
Culture from west were imitate,
Not ashamed to show their body to others,
Where free sex is a trend,
HIV were freely spread all over,
By the teenagers who one day will be our statesman.

The day will come,
And it is very soon,
Where people will not tolerate,
Bribe were everywhere,
And….
Money …. status were everything,

The day will come,
And it is very soon,

Where….

The whole country,
The whole nation,
The whole world,
Will be a complete destruction.

Can imagine what will happen 10 years from now ?

Help them and save them !

Friday, November 04, 2005

Pesanan semasa berhari raya!

Saudari cantik berbaju kebaya,
Kain songket menambat jiwa,
Berhati hati dijalan raya,
Jangan pula terkorban nyawa !

Kain songket disulam tembaga,
Dipadankan dengan si cantik jelita,
Walaupun sekarang tengah mood nak beraya,
Suruhan Allah jangan pula kita lupa !

Kiri kanan banyak kereta,
Semua nak beraya bersama keluarga,
Semoga semua bergembira,
Minta dijauhkan dari bala !

Pandu kereta dengan cermat,
Pastinya semuanya akan selamat !

Thursday, November 03, 2005

ishh tak malu!

Aku nampak perempuan pakai baju see thru,
Kat dalam pakai bra warne biru,
Dah kalau tak malu,
Bukak aje lah bra tuh!

Tuesday, November 01, 2005

Setelah sebulan berpuasa

Setelah sebulan berpuasa
Copyright©straight2dapoint-fieque 0013 November 01, 2005

Setelah sebulan berpuasa,
Syawal menjelma,
Semua orang bergembira,
Meninggalkan Ramadhan yang mulia.

Bila takbir keudara,
Tutup lah pintu-pintu syurga,
Roh roh kembali merana,
Syaitan mula menjalan kan kerja.
Menghasut anak adam yang leka.

30 hari berlapar dan berdahaga,
Ramadhan mengingatkan kita pada mereka,
Mereka yang tidak bernasib baik seperti kita,
Memberi pengajaran yang amat bermakna.

Hari yang ditunggu sudah tiba,
Berbaju baru pelbagai warna,
Samping diikat kemas bagai anak raja,
Sudah kah kita menunaikan suruhannya?
Agar mereka juga dapat merasa kenikmatan berhari raya.

Solat Aidilfitri dilaksana,
Tanda habisnya bulan berpuasa,
Ramai yang bergembira,
Tapi ada yang masih berlapa dan berdahaga,
Adakah kita ingat pada mereka yang merana?

Pagi hari melawat pusara,
Pusara dihias bunga pelbagai warna,
Surah yaasin dibaca,
Adakah hanya pada pagi raya?

Berhari raya biar bersederhana,
Agar kita semua berbahagia,
Ampun dan Maaf dipinta,
Meneutralkan semua dosa,
Adakah benar benar ikhlas atau hanya nak duit raya?

Hari raya akan menjelma,
Jika terasa atau pun apa,
Ku pohon maaf dan ampun atas segala dosa,
Ku ucapkan Selamat Hari Raya,
Semoga kita jumpa Ramadhan di tahun seterusnya.