moodle-moppet

Monday, July 24, 2006

MAti...

Copyright©straight2dapoint-fieque July 24, 2006.

Mati, aku mahu mati,
Bosan hidup bergini,
Biar aku mati,
Aku tak nak hidup lagi,

Bunuh, bunuh la aku,
Cungkil mata ku,
Belah dada ku,
Keluarkan isi hati ku,
Ambil tahu semua rahsia ku.

Belah, belah lah perut ku,
Derma kan semua organ organ ku,
Terpisah nyawa dari jasad ku,
Tertanam bersama dosa dosa ku.

Hidup, jangan ingat lagi,
Mati, memang aku mahu sendiri,
Dunia, pergi pergi,
Mati, mari mari.

Aku rindu kan mati,
Aku jelak dengan hidup,
Aku tak mahu mati,
Tetap tak sanggup hidup.



Bumi

Copyright©straight2dapoint-fieque July 23, 2006.

Bumi, Bumi semakin uzur,
Tanah subur menjadi lebur,
Dentuman peluru berpandu kotor,
Membunuh,penuhi liang kubur.

Bumi, nan hari nan sunyi,
Ungas tak kedengaran lagi,
Kicauan burung mati,
Bunyi grenade menghantui.

Bumi, bau hamis,
Penuhi darah hanyir,
Laskar laskar kumis,
Manusia manusia kudis.

Bumi, Hati pecah,
Hati merana,
Hati meratah,
Hati durjana.

Bumi, akhiri,
Semakin hari,
Uzur, sunyi, hamis pecah…

Me-Layu

Copyright©straight2dapoint-fieque July 18, 2006.

Ambil masa, renung bersama,
Perangai kita, Tak berlandaskan agama,
Malu lah wahai bangsa,
Kita kan Negara islam berjaya,

Hancur badan binasa,
Inikan pula islam agama utama,
Malaysia, Malaysia kita,
Hadari, Hadari jua,
Seksa kubur, sendiri sendiri kena,

Malu la wahai bangsa,
PM kata Hadari, Kita Hadari jua,
Bila Tanya Hadari tu apa,
Puas telopong, ternganga,

Kalau tak tau jangan segan bertanya,
Itulah kekurangan bangsa kita,
Orang kata ikut sahaja,
Macam mana nak pimpin dunia
Kalau rakyat tak bangun membuka mata,
Tak sedar kemampuan yang ada.

Wahai bangsa, Wahai dunia,
Buka lah mata,
Ubah perangai bersama sama,
Semoga kita dicontohi dunia!

Ingat, melayu takkan hilang didunia,
Walau pun kita me-layu, tetap berguna,
Pengorbanan nenek moyang bukan sia sia,
Kerana kita, melayu tak mudah LUPA!

Kau

Copyright©straight2dapoint-fieque July 18, 2006.

Kau,
Kenapa perlu kau mengganggu ku,
Kenapa mesti kau mengacau hidupku,
Apa perlu kau muncul dalam hidup ku,
Apa perlu bagi kau berbuat bergitu pada ku,

Sesungguhnya kau lah yang mengganggu ku,
Kau lah yang setiap masa mengacau hidup ku,
Dan kau lah yang hanya muncul di dalam hidupku,
Dan semestinya perlu kau berbuat begitu kepada ku,

July 18, 2006

Wednesday, July 05, 2006

Confession of a confuse heart - 2

Copyright©straight2dapoint-fieque July 3, 2006.


Buat kau yang teristimewa…

Kali pertama bertemu di sem ini,
Pengubat rindu buat hatiku ini,
berbaju kurung putih berseri,
Lengokmu bak bidadari.

Wajahmu yang ayu,
Memberi impak besar buatku,
Terkaku melihat mu,
Terkelu lidah membisu.

Kau pujaan hati ku,
Pembakar semangat bagi ku,
Kaulah yang satu,
mencuri hatiku tanpa segan silu...

Kadang kala aku berasa malu,
Mengharap kehadiran mu dalam hidup ku,
Aku berasa malu,
Kerana hanya hidup dalam fantasi ku,
Aku memang berasa malu,
Untuk menegurmu,
Aku teramatlah malu,
Untuk meluahkan isi hati ku pada mu .....

confession of a confuse heart? blur!

Kambeng!

Copyright©straight2dapoint-fieque 1855 May 12, 2006.


24 Februari 2004,
Perubahan besar buat diriku,
Pertemuan pertama yang takkan ku lupa,
Hari pertama kita bersama,
Terjalin ikatan persahabatan antara kita.

Hari-hari mendatang,
Ku penuhi setiap masa dengan mu,
Aku selesa bersama,
Lantas aku meluahkan isi hati ku,

Pelbagai cara aku guna,
Bagai nak tercabut vena kava,
Maklumlah kali pertama,
Si kumbang memikat bunga,

Tanggal 15 mei…
Kau bertanya…
Adakah aku sudah jatuh cinta…
Aku Cuma mengiyakannya…
Kau berkata…
Bukan lagi masanya…

Malam itu juga,
Aku terperangkap dengan cinta buta,
Maklumlah hati terluka,
Aku cuba melupakan mu dan menerima si dia,
Yang ternyata membawa bencana…
Dan buat ku derita.

Walaupun aku bersama si dia,
Kau tetap tak boleh aku lupa,
Walaupun kini kau membawa diri
Jauh ke negeri dibawah bayu.
Telefonlah menjadi perantaraan kita,
Kau ucap friends forever…

Setelah aku tinggalkan si dia,
Kau bertanyaku samada aku masih mencintai,
Aku diam membisu,
Kerana aku sudah tersangkut pada yang baru,
Tapi kita tetap kawan sampai bila bila.




Aku, kau tetap berhubung,
Meluahkan masalah bersama,
Bagai orang bercinta,
Tak ada rahsia antara kita…     

Tiga tahun berlalu,
Kini banyak ku tahu mengenai mu,
Begitu juga dengan mu,
Betullah katamu,
Mungkin kita hanya dicipta untuk berkawan saja…

Satu hari kau menelefon ku,
Kau meluahkan perasaan mu,
Pada mulanya aku memang setuju,
Tetapi aku takut kehilangan mu,

Satu hari aku membisu,
Bingung memikirkan kata kata mu itu.
Malam itu juga aku berkata,
Aku tidak dapat menerima…
Hubungan kita….

Aku kecewa,
Kau berkata I love you hanya suka-suka,
Kau ingat cinta itu apa?
Tak bermakna?
Boleh diluahkan sewenang-wenangnya?

Aku memang kecewa…..

May 12 655pm

aku hanya mahu kamu!

Copyright©straight2dapoint-fieque 0126 Mac 29, 2006.


Siang melabuhkan diri,
Malam silih berganti,
Ku renung bulan penuh,
Teringat mu bak bidadari,

Hari demi hari,
Aku menunggu dan menunggu,
Kepulangan mu,
Untuk ku penuhi segala janji,

Termenterai kata sepakat,
Sebelum kau berangkat,
Tetapi sehingga kini,
Aku tetap tidak menyangka,
Kau tak pulang sampai bila bila,

Aku tetap menunggu,
Menunggu kepulangan mu,
Hanya dirimu…
Yang aku mahu…

Kau saja yang satu,
Kau saja yang aku mahu,
Kau lah penyinar hidup ku,
Tanpa mu….
Kusam hidupku!

Aku terus dan terus menunggu,
Akan kepulangan mu,
Aku takkan melupakan mu,
Aku takkan menduakan mu,

Aku hanya mahu kamu!

29/3/06 124am


kau yang teristimewa ?

Copyright©straight2dapoint-fieque 2200 Mac 25, 2006.


Kau,
Yang banyak menabur jasa,
Menemani ku dari kecil hingga dewasa,
Tanpa jemu kau selalu berada disamping ku,

Aku amat gembira bersama mu,
Sebagai tanda kasihku pada mu,
Aku selalu membersihkan diri mu,
Tangan ku mencapai setiap celah tubuhmu,

Aku tahu kau gembira pabila ku buat begitu,
Kau hanya berdiam diri…
kaku menikmati setiap sentuhan manja ku,
Ku curahkan sepenuh kasih sayang pada mu,

Setiap hari ku tekan tekan bonjolan lembut ditubuh mu,
Menikmati setiap detik bersama,
Hembusan nafas mu,
Ke seluruh tubuh ku….

Kau amat penting buat diri ku,
Aku amat perlu kamu,
Kau lah kipas angin warna kelabu….

25/3/06 8pm

aku hanya mampu...

Copyright©straight2dapoint-fieque 2000 Mac 25, 2006.


Aku…
Kehidupanku…
menjadi celaru,
tidak tenang dan buntu,
Hanya memikirkan tentang dikau.
Memikirkan tentang dikau,

Aku…
Hanya ingin mengenali diri mu,
Tetapi aku masih tidak mengerti,
Aku hanya mampu membisu,
Pabila bertemu dengan kamu.

Banyak yang mahu aku luahkan,
Banyak yang mahu aku soalkan,
Tapi…
Aku hanya mampu…
Sampaikan hasratku dari jauh,

Aku hanya mampu…
Melihatmu dari jauh,

Aku hanya mampu….     

8pm 25 mac 2006


Confession of a confuse heart

Copyright©straight2dapoint-fieque 0110 Mac 9, 2006.


Aku terpaku melihat dia,
Bak bidadari didepan mata,
Dari mata turun ke jiwa,
Aku sudah jatuh cinta,

Satu semester sememangnya lama,
Bagi ku hanya sekejap aja,
Empat bulan sudah aku cuba,
Tapi masih tidak dapat aku meluahkan cinta,

Bukan mudah,
Salah bicara badan binasa,
Perkataan cinta bisa ku kata,
Bukan kerna aku takut dikecewa,
Aku Cuma…..

Aku bersemangat pergi ke lecture,
Hanya untuk bertemu dengan si dia,
Walaupun hanya satu jam setengah seminggu,
Aku tetap akan menunggu mu didepan pintu,

Demi kau aku sanggup berbuat apa,
Pertunjukkan majis yang semestinya aku tak terror,
Tapi aku sungguh gembira,
Kerana aku dapat membuat kau tersenyum tawa,

Selama empat bulan aku memerhati,
Dan selepas empat bulan baru dapat aku berbicara,
Dan aku gembira kerna keesokan hari kau pula menyapa,
Wahai dunia…. Betapa aku gembira,

Bulan tiga,
Final exam pun tiba,
Detik detik perpisahan buat kita,
Aku harap dapat bertemu kau di semester seterusnya…

Terima kasih buat kau yang teristimewa,
Aku sungguh gembira,
Kau yang membuat aku rajin ke lecture,
Dan ternyata tak sia sia....




Dikala Sunyi

Copyright©straight2dapoint-fieque 1646 Mac 3, 2006.


Dikala sunyi,
Aku melayani kehendak diri,
Dikala senja,
Otakku melayang tah kemana,

Hari berganti hari,
Bulan berganti bulan,
Yang datang semestinya kan pergi,
Meninggalkan, tanpa kepulangan….

Hukum alam bisa ditentang,
Permergian mu bagaikan jalan buntu,
Tuhan lebih menyayangi diri mu itu,
Meninggalkan aku tanpa berteman,

Pabila malam,
Ku tenung langit hitam,
Wajah mu, ku terbayang,
Terkenang kisah silam,

Hidupku bagai terapung apung,
Tanpa kau disisi menamani ku,
Hidupku tak berguna lagi,
Biarkan saja aku mencabut nyawa ku sendiri!