moodle-moppet

Monday, July 24, 2006

Me-Layu

Copyright©straight2dapoint-fieque July 18, 2006.

Ambil masa, renung bersama,
Perangai kita, Tak berlandaskan agama,
Malu lah wahai bangsa,
Kita kan Negara islam berjaya,

Hancur badan binasa,
Inikan pula islam agama utama,
Malaysia, Malaysia kita,
Hadari, Hadari jua,
Seksa kubur, sendiri sendiri kena,

Malu la wahai bangsa,
PM kata Hadari, Kita Hadari jua,
Bila Tanya Hadari tu apa,
Puas telopong, ternganga,

Kalau tak tau jangan segan bertanya,
Itulah kekurangan bangsa kita,
Orang kata ikut sahaja,
Macam mana nak pimpin dunia
Kalau rakyat tak bangun membuka mata,
Tak sedar kemampuan yang ada.

Wahai bangsa, Wahai dunia,
Buka lah mata,
Ubah perangai bersama sama,
Semoga kita dicontohi dunia!

Ingat, melayu takkan hilang didunia,
Walau pun kita me-layu, tetap berguna,
Pengorbanan nenek moyang bukan sia sia,
Kerana kita, melayu tak mudah LUPA!

0 comment(s):

Post a comment

<< Home