moodle-moppet

Wednesday, July 05, 2006

Kambeng!

Copyright©straight2dapoint-fieque 1855 May 12, 2006.


24 Februari 2004,
Perubahan besar buat diriku,
Pertemuan pertama yang takkan ku lupa,
Hari pertama kita bersama,
Terjalin ikatan persahabatan antara kita.

Hari-hari mendatang,
Ku penuhi setiap masa dengan mu,
Aku selesa bersama,
Lantas aku meluahkan isi hati ku,

Pelbagai cara aku guna,
Bagai nak tercabut vena kava,
Maklumlah kali pertama,
Si kumbang memikat bunga,

Tanggal 15 mei…
Kau bertanya…
Adakah aku sudah jatuh cinta…
Aku Cuma mengiyakannya…
Kau berkata…
Bukan lagi masanya…

Malam itu juga,
Aku terperangkap dengan cinta buta,
Maklumlah hati terluka,
Aku cuba melupakan mu dan menerima si dia,
Yang ternyata membawa bencana…
Dan buat ku derita.

Walaupun aku bersama si dia,
Kau tetap tak boleh aku lupa,
Walaupun kini kau membawa diri
Jauh ke negeri dibawah bayu.
Telefonlah menjadi perantaraan kita,
Kau ucap friends forever…

Setelah aku tinggalkan si dia,
Kau bertanyaku samada aku masih mencintai,
Aku diam membisu,
Kerana aku sudah tersangkut pada yang baru,
Tapi kita tetap kawan sampai bila bila.




Aku, kau tetap berhubung,
Meluahkan masalah bersama,
Bagai orang bercinta,
Tak ada rahsia antara kita…     

Tiga tahun berlalu,
Kini banyak ku tahu mengenai mu,
Begitu juga dengan mu,
Betullah katamu,
Mungkin kita hanya dicipta untuk berkawan saja…

Satu hari kau menelefon ku,
Kau meluahkan perasaan mu,
Pada mulanya aku memang setuju,
Tetapi aku takut kehilangan mu,

Satu hari aku membisu,
Bingung memikirkan kata kata mu itu.
Malam itu juga aku berkata,
Aku tidak dapat menerima…
Hubungan kita….

Aku kecewa,
Kau berkata I love you hanya suka-suka,
Kau ingat cinta itu apa?
Tak bermakna?
Boleh diluahkan sewenang-wenangnya?

Aku memang kecewa…..

May 12 655pm

0 comment(s):

Post a comment

<< Home