moodle-moppet

Tuesday, November 01, 2005

Setelah sebulan berpuasa

Setelah sebulan berpuasa
Copyright©straight2dapoint-fieque 0013 November 01, 2005

Setelah sebulan berpuasa,
Syawal menjelma,
Semua orang bergembira,
Meninggalkan Ramadhan yang mulia.

Bila takbir keudara,
Tutup lah pintu-pintu syurga,
Roh roh kembali merana,
Syaitan mula menjalan kan kerja.
Menghasut anak adam yang leka.

30 hari berlapar dan berdahaga,
Ramadhan mengingatkan kita pada mereka,
Mereka yang tidak bernasib baik seperti kita,
Memberi pengajaran yang amat bermakna.

Hari yang ditunggu sudah tiba,
Berbaju baru pelbagai warna,
Samping diikat kemas bagai anak raja,
Sudah kah kita menunaikan suruhannya?
Agar mereka juga dapat merasa kenikmatan berhari raya.

Solat Aidilfitri dilaksana,
Tanda habisnya bulan berpuasa,
Ramai yang bergembira,
Tapi ada yang masih berlapa dan berdahaga,
Adakah kita ingat pada mereka yang merana?

Pagi hari melawat pusara,
Pusara dihias bunga pelbagai warna,
Surah yaasin dibaca,
Adakah hanya pada pagi raya?

Berhari raya biar bersederhana,
Agar kita semua berbahagia,
Ampun dan Maaf dipinta,
Meneutralkan semua dosa,
Adakah benar benar ikhlas atau hanya nak duit raya?

Hari raya akan menjelma,
Jika terasa atau pun apa,
Ku pohon maaf dan ampun atas segala dosa,
Ku ucapkan Selamat Hari Raya,
Semoga kita jumpa Ramadhan di tahun seterusnya.

2 comment(s):

hmmm.. a poetic blog i assume. thanks for the poetry on my haloscan.

have a blessed eid to you!

By Blogger roxywahine, at Wednesday, November 02, 2005 8:24:00 AM  

Hehe, I put it at all the blogs that I blog! huhu, slamat raya!

By Blogger Straight2dapoint, at Thursday, November 03, 2005 12:25:00 AM  

Post a comment

<< Home