moodle-moppet

Monday, January 12, 2009

Cinta baru


Bukan sesuatu yang aku mahu,
Tapi bukan sesuatu yang mungkin aku biarkan
Mungkin sudah fitrah aku dengannya
……. kau ku beri nama
Sepanjang masa mahu ku belai
Lekok lembut tubuhmu licin bersinar
Setiap ceruk ku pulas lembut
Ku tekan, ku picit manja
Saat bahagia pabila mata bertemu mata,
Memang saat paling bahagia,
Aku melihat dari pandangan mata mu
Segalanya muncul satu perspectif baru
Aku mula suka dengan kamu
Lebih rapat dakapan mu itu
Terlalu rapat di dada aku
Kau mahu sentiasa bersama ku
Aku juga begitu
Begitu sayangnya aku pada kamu
Hingga tidak mahu berlekang lagi
Tidak mungkin siapa dapat pisahkan kita
Walaupun masa mahupun musibah melanda
Kau akan selalu dipelukanku
Kau akan selalu berdakapan dengan ku
Akan aku bawak kamu ke mana sahaja pergi ku
Tak, tidak, semestinya tidak kita berpisah
Aku sudah jatuh cinta
Aku juga tahu kau berkongsi perasaan itu
Kita, kau dan aku
Akan bersama selamanya
Kau lah camera aku (^_^)
8/11/2008 (2251)

7 comment(s):

ermm..camera baru kah?hehe

nanti nukilkan karya baru..tajuknya "Uptenku Sayang"

By Anonymous Anonymous, at Tuesday, January 13, 2009 7:37:00 PM  

ahaha....
tade la baru
tapi tetap sayangku....

dh tulis lama dh, cuma tak publish je....

uptenku sayang? ermmm kene carik idea dulu la ni....

nampaknye kene la makan tido maen kat apten utk dapat feel....

Thanks Zahiah kerna singgah ^^

By Anonymous Anonymous, at Wednesday, January 14, 2009 12:55:00 PM  

tulis & publish lagi..mahu baca lagi..kamon2

By Anonymous Anonymous, at Sunday, January 18, 2009 12:43:00 AM  

nk mini cooper itammmmm!!!!

By Blogger Unknown, at Monday, January 19, 2009 12:27:00 AM  

mini coper hitam?

haha.....

/me tatau nak reply ape...

By Anonymous Anonymous, at Monday, January 19, 2009 12:25:00 PM  

reply saje

"okey,dalila!!!"

By Blogger Unknown, at Sunday, January 25, 2009 10:27:00 PM  

Ahaha.....

dalila,
kalau bisa di post gambar di ruangan comment ini, bisa saja om letak gambarnya disini.....

By Anonymous Anonymous, at Monday, February 02, 2009 10:37:00 AM  

Post a comment

<< Home