moodle-moppet

Saturday, April 14, 2012


kini aku hanya bertemankan blog kamu
walupun tiada post baru
tapi ini sudah cukup
untuk mengubati rindu

kadangkala ada benarnya
kita akan hanya mengetahui
perasaan sebenar
bila dia sudah tiada

senyuman kamu
pada hari itu
sudah cukup
menunjukkan kegembiraan
diatas pilihan kamu

aku juga gembira


-0745 April 14, 2012- 

Sunday, April 01, 2012

aku perlu perasaan itu
untuk aku terus menulis

janjiku itu
mungkir

maafkan aku

-0826 April 01, 2012-

Sunday, March 25, 2012


senyuman itu
senyuman itu
senyuman itu
mengingatkan aku pada satu
senyuman itu
memanggil manggil aku
senyuman itu
buat ku sedar akan diri aku
buatku sedar akan situasi aku

senyuman itu
tidak seperti tika dulu
senyuman itu satu satunya
senyuman yang ku tagih
sekian lama…
tiada senyuman seperti itu

senyuman itu
aku perlu
aku mahu
senyuman itu
senyuman itu
senyuman itu

-1849 March 25, 12-




Wednesday, June 15, 2011

perubahan kamu dapat aku rasai
kamu tidak lagi seperti dulu
aku faham perubahan itu perlu
terlalu mendadak bagi aku

perubahan kamu
mengubah aku
mengubah kita
mengubah segalanya

batinku kesunyian
aku kerunsingan
tanpa kamu
hatiku semakin kacau
aku meracau racau
inginkan kamu
kamu yang dulu

wahai teman, wahai sayang
perubahan ini terlalu mendadak
aku cuba bertindak
menerima perubahan ini
demi kita, persahabatan ini
percintaan ini
dan juga dia

aku pasti
kita akan bahagia
dengan adanya dia
dalam kehidupan kita

-2111 January 30,2011-

Sunday, June 12, 2011

aku pernah merasa mati
aku pernah berputus asa
aku pernah bunuh diri
aku juga pernah rasa binasa

hidup bagiku tiada lagi
kegelapan menyelubungi
mati menghampiri diri
ingatanku hanya satu... MATI

aku cuba memberitahu kamu
aku cuba luahkan terbuku dihati
kerungsingan hati...
tanpa aku bilang mati pada kamu
aku cuma tidak mahu...
kau bimbang pada diri

bila aku bangkitkan soal kata hati
bila ku berbicara tentang kata hati
dikala itu...
kau kabarkan kegembiraan
dikala itu...
kau canang kebahagiaan

kegembiraan dan kebahagiaan
satu cahaya
satu permulaan kehidupan
merubah kegelapan kepada keceriaan
selamat tinggal kematian

aku akan terus HIDUP
demi permulaan kehidupan
tidak dapat aku gambarkan kegembiraan
tidak dapat aku canangkan kebahagiaan

demi KAU dan DIA
aku akan terus HIDUP

-2044 January 30,2011-

Friday, June 10, 2011

Enam Belas Hari Bulan

sehari Berkongsi masa bersama
sehari sebelum hari raya
enam belas hari bulan
tanpa SEGAN
Aku bilang
AKU CINTA KAMU

enam belas hari bulan
Kita habiskan malam bersama
bukan membuat murka
hanya berkongsi cerita
aku LUPA
enam belas hari bulan

waktu aku rungsing
kematian datang mengundang
enam belas hari bulan
Kau khabarkan kegembiraan
Kau bawa KEHIDUPAN
enam belas hari bulan
aku GEMBIRA
Terima Kasih
ENAM BELAS HARI BULAN

-0057 Hours- February 04, 2011

Monday, May 09, 2011


perasaan anih didada
berat semakin berat
tak boleh ku biarkan begini
apa yang harus aku lakukan

perasaan anih ini
buat ku tidak keruan
rasa tidak bersemangat
ingin benar aku melompat
menjerit
menggila

walau apa berlaku
perasaan anih ini
tidak berlalu
apa perlu aku lakukan
apa? APA!

kau tau apa perasaan ini
kau tahu?
tapi kenapa perlu kau lakukan begitu?
tolonglah…
tolonglah aku….

Aku.....
Risau rimas 
Ingin sekali aku
Ntah apa yang perlu
Dengarlah hati aku
Untuk...
Kamu....

-1750-May 09, 2011