C3-5-2
Pengalaman baru tercipta
tempat indah tiggalan purba
sesemesta tidak pula lama
cukup mencipta kenangan bersama
Rakan sama gelak ketawa
c352 milik bersama
walau hanya sesemesta lamanya
indah tersemat dikotak minda
c352, susah untuk ku terima
bulan 7 kita bersua
November hampir tiba
c352, belum puas kita bersama
indahnya ada duka
hujan ribut mala petaka
menitis hujan tidak apa
walau bilikku banjir dibuatnya
c352, kenangan indah tidak ku lupa
makan bersama tika berbuka
memori lama sebak didada
bagai keluarga bahagia
c352,
Simpan semua gelak tawa
c352,
Kenangan terhebat kita bersama
c352,
Hentian terakhir buat kita!
Sept 28, 2007
2119 hours
Gadis berkurung Biru
Gadis berkurung Biru
Buat Starlight - gadis berkurung biru
Gadis berkurung Biru
Wajahmu dibalik peti cahaya
Berhubung tidak dibumi nyata
Huruf-huruf kecil pengganti…
pengganti diri tidak bernyawa
Gadis berkurung Biru
Hanya tulisanmu dapat dibaca
Hanya samaranmu dikenali serata
Teman cyber, seorang kamu cuma
Terasa hidup tidak berwarna pula
Hadap mesin peti cahaya
Punat-punat huruf pengganti bahasa
Pertuturan huruf kecil berwarna
Ikut suka-suka
Gadis berkurung Biru
Disini kata dibaca
Ditafsir jangan pula
Mohon maaf dipinta
Tulisan disalah tafsir jika
Sept 24, 2007 2124hours
Like or love....
Cinta….
Suka…
Aku binggung,
Aku binggung sekali,
Cinta atau suka…
Merungsingkan,
Tak bisa aku terangkan,
Apa yang ku rasakan ini,
Kau yang pernah dihati ku,
Kau yang pernah hinggap di sanubari ku,
Kau yang pernah buat aku gila,
Aku tak tahu!
Aku tak tahu!
Aku tak tahu!
Aku tak tahu!
Aku tak tahu!
Yang penting,
I love you…
Dan tak mungkin aku memilikimu,
Aku tak mahu….
September 7, 2007 0004 hours