Aku cuba untuk mendekatimu....
Aku cuba untuk mencintai mu,
Selagi ku cuba selagi itu ku gagal,
Ku gagal untuk mendekati dirimu,
Walaupun setiap hari kita bersama,
Namun tidak berputik bunga cinta,
Walaupun sehabis baik ku cuba,
Kita tetap tidak sehala,
Adakah engau dicipta bukan untuk ku,
Atau usahaku tidak cukup untuk mu,
Ku rela berhabis masa dan harta,
Buat kau yang amat ku cinta,
Kau lah yang satu,
Kau lah yang aku mahu,
Kau lah ilmu,
Kenapa dan mengapa,
Tidak kau lekat di kepala,
Aku tensi , tensi menderita,
30/1 0226 hours
Rindu
Rindu
Hari demi hari,
Ku sorok perasaan ini,
Rindu kian menjadi-jadi,
Tak tahu nak buat apa lagi.
Pada mu yang ku rindui,
Pada mu yang ku sayang,
Pada mu yang sudah dimiliki,
apakan daya, nasibku yang malang.
Jauh kau terbang,
Terbang ke langit tinggi,
Kau tinggalkan ku berseorang,
Tanpa khabar diberi.
Ku amat bahagia dialam mimpi,
Berteman mu yang mencintai,
Kau muncul dalam mimpi-mimpi,
Hingga aku tak mahu bangun lagi,
Tulisan mencurah isi hati,
Rindu tak terperi buat mu,
Jauh dimata tidak dihati,
Semoga kamu…
gembira bersamanya selalu.
23 January 07 0758am