moodle-moppet

Sunday, October 23, 2005

Aku dia dan kamu...

Aku menjadi kaku,
Menjadi bisu,
Bila kau berada didepanku,
Bagai hembusan bayu yang sayu,

Kau masih memahami ku,
Walaupun aku sudah berpisah dengan mu,
Hingga saat ini ku masih terkedu,
Atas perbuatan mu itu,

Aku masih teringat hari itu,
Hari kau dan aku bertemu,
Pandangan pertama menusuk di kalbu,
Memang tidak disangka kau lah yang satu,

Tapi mengapa dan kenapa,
Kau harus pergi dahulu,
Tanpa memberitahu,
Adakah kerna perbuatan aku itu,
Kau pergi meninggalkan aku…

Maafkan aku,
Aku tidak berniat untuk melukaimu,
Mahu pun membuang mu,
Tapi kau juga tahu,
Semua itu bukan kehendakku,

Aku bukan lah seperti yang kau mahu,
Kau ucapkan kepada ku,
Aku tahu,
Aku tidak sehebat lelaki yang kau puja itu,
Aku juga tahu,
Aku bukan tandingannya walaupun aku lebih mencintai mu,
Aku tahu,
Hanya sia sia pengorbanan ku selama aku bersama mu,
Aku tahu,
Kau hanya berpura2 gembira bila bersamaku,
Tapi aku masih tidak tahu,
Adakah kamu benar benar mencintai ku?

2 comment(s):

yaaa buat jalan, pastu jalan jalan.. tak paham orang putih la sorry

By Blogger Straight2dapoint, at Monday, October 24, 2005 8:22:00 PM  

:"(

By Anonymous Anonymous, at Saturday, March 09, 2013 2:28:00 PM  

Post a comment

<< Home