moodle-moppet

Wednesday, December 07, 2005

Hidup seorang gila

Hidup seorang gila.
Copyright©straight2dapoint-fieque 0105 November 26, 2005

Bila hari baru menjelma,
Perkara semalam sudah dilupakan,
Seperti ditiup angin,
Entah hilang kemana.

Sinar baru buat kita,
Segala letih gelisah,
Pudar selepas semalam tidur lena,
Mengharap hari yang mekar,
Bak bunga dihalaman istana.

Menghadapi hari hari yang berulang,
Cuba untuk mencari kelainan,
Hingga satu masa,
Lali pada segala kesusahan,

Berkerja keras mencari rezeki,
Untuk bagi makan anak bini,
Mengerah keringat di kala terik,
Memikirkan masa depan anak anak,

Menabung amalan mulia,
Nikmati hasil esok lusa,
Bersusah susah dahulu budaya kita,
Bersenang senang dikala tua,

Minum petang bersama sama,
Mengerat silaturahim dah hubungan cinta,
Berehat jangan lama lama,
Bila dah malas susah berkerja.

Bersesak dijalan raya,
Ke rumah dari ibu kota,
Memberi tumpuan sepenuhnya dijalan raya,
Anak bini tersenyum lega,
Selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Dikala malam menjelma,
Ringan ringan kan kepala,
Meluang masa bersama keluarga,
Berehat mengumpul tenaga,

Hari baru menjelma,
Bagai dilahirkan semula,
Bersiap sedia,
Menempuh dugaan dan cabaran,
Yang tidak kita duga.

0 comment(s):

Post a comment

<< Home