moodle-moppet

Sunday, January 06, 2008

Karma?

Karma?

27th December 2007,
Khamis yang biasa seperti selalu
Berjalan dijalan benar perlahan-lahan
Tujuan satu untuk terus maju.

Dua suku petang
Ku selak lembaran alam maya
Ku petik setiap butang
Seperti biasa hari-hari muka.

Ku selak dan terus selak
Tergamam aku seketika
Semua rahsianya terpancar bercahaya
Eye’s on Malaysia petunjuk utama.

Malam menjelang tiba
Angka 9 diramas tangan kecil
Tangan panjang menjalar terus…
Terus ke angka satu membawa erti…
Ertinya lima.

Rahsia ku pula terbongkar…
Terbongkar terus ke alam nyata
Bagai muntah sipening kepala
Adakah ini KARMA?

Adakah ini KARMA?
Soalan bermain dibenak kepala
Adakah ini satu permulaan…
Atau…
Hanya satu penamat…
Penamat yang tiada permulaan.

December 27, 2007

1043am

0 comment(s):

Post a comment

<< Home