moodle-moppet

Tuesday, May 10, 2005

Putih....

copyright_fieque/april1605/2324

Hari semakin semput ,
Dunia semakin membongkok ,
Negara semakin maju ,
Abad ke 21…..
Anak muda ….
Hanya sia sia….
Tiada arah tuju ,
Ramai mati di titik hitam ,
Bagai bangkai bergelimpangan ,
Tanpa hala tuju ,
Mayat hidup tanpa akal,
Hidup merempat dalam kegelapan ,

Cara baru memusnahkan diri ,
Perlahan lahan di lembah ilusi ,
Bersama sama selamanya ,
Hingga mati berkongsi ,
Feeling bukan bergini ,
Pusher memperagakan kejaya ,
Melahirkan lebih ramai orang tak berguna ,
Orang kita yang merana ,
Tapi dia…..
Abang besar yang kaya ,
Penuh gelak dan tawa ,
Tak kesah nasib kita ,
BODOH….

Bagi orang bergini ,
Mati ape tah lagi ,
Sume yang diharungi ,
Tak seronoh lagi ,
Bile tak kena…
Bila pusher tak de lagi ,
Bile kawan bukan rakan kongsi ,
Bile stock tak sampai lagi ,
Bila duit tak mencukui ,
Hidup macam lipas ,
Menggigil……
Sejuk……
Terketar ketar….
Abang besar ketawa sudah kaya ,
Tapi kita…..
Keseorangan, kebingungan,
Mencari dan dicari ,
Bukan begini ,
Hidup harus diteruskan ,
Pusat pemulihan satu kemudahan ,

Tapi ingat…..
Kembali kejalan putih,
Tiada hitam lagi selepas ini ,
Masyarakat harus membantu ,
Bukan menjauhkan diri ,
Bersama sama membimbing mereka ,
Bukan mengherdik dan menghina ,
Membawa ke jalan yang benar ,
Bukan membiarkan mereka pulang ke lembah durjana ,
Bersama sama menentang benda puaka,
Demi masa depan generasi kita,
Bukan hanya kita,
Tapi anak cucu kita,
Mereka penerus generasi kita ,
Jadi ingat …………….
Hidup bukan sia sia ….

0 comment(s):

Post a comment

<< Home